Pemerintah Revolusi Sementara Barisan_Pembebasan_Kebangsaan

Dalam tahun 1969, Barisan Pembebasan Kebangsaan menubuhkan Pemerintah Revolusi Sementara. Semasa penubuhan kerajaan sementara ini, pengaruh bukan komunis dalam Barisan Pembebasan Kebangsaan sudah dihapuskan. Selepas pasukan Vietnam selatan ditewaskan dalam tahun 1975, Kerajaan Revolusi Sementara mengambil kuasa di Vietnam Selatan, tetapi tidak kekal. Kerajaan tersebut dengan pantas mengusulkan penyatuan dengan Vietnam Utara. Selepas Vietnam disatukan, Barisan Pembebasan Kebangsaan dibubarkan dan diserap ke dalam Parti Komunis Vietnam.